Monday, January 18, 2010

PETANDA DUN PERAK AKAN DIBUBARKAN?



IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia untuk menghadapi pilihanraya di semua DUN di negeri ini kerana pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan diumumkan bila-bila masa sahaja.

Rakyat Negeri Perak dan pegawai kerajaan tentu lega dengan pembubaran DUN Perak ini dilakukan segera demi keharmonian dan kesejahteraan yang akan kembali pulih.

"Pemuda PAS Negeri melihat banyak petanda-petanda bahawa pembubaran DUN Perak ini akan dilakukan dalam tempoh yang terdekat kerana pentadbiran kerajaan negeri semakin lumpuh.".

Demikian dinyatakan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Nur Amin dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

Pertemuan antara Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa di Arab Saudi baru-baru ini, sudah tentu akan membawa khabar berkaitan krisis rampasan kuasa oleh Kerajaan Negeri kudeta Barisan Nasional (BN) di Perak.

Menurut beliau, Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini d lihat ada perkara lebih penting yang akan dibincangkan dengan Najib di Arab Saudi.

"Kita mendapat sumber maklumat berkaitan majlis mengadap yang telah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersama Seri Paduka Sultan Perak awal November yang lalu menghangatkan lagi suasana pembubaran DUN Perak kelak," ujarnya.

Pada awal Februari ini pula telah menandakan setahun rampasan kuasa oleh Zambry bersama kerajaan negeri kudetanya, disebabkan itulah Zambry akan menyenaraikan pencapaian 11 bulan pentadbirannya berbanding 11 bulan pemerintahan Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pemuda PAS Negeri katanya, melihat suasana ini cukup untuk rakyat menilai sendiri krisis yang telah berlaku di Perak, Zambry yang terdesak juga telah cuba mengawal media-media Cina untuk memastikan kaum Cina akan menyokong BN walaupun MCA yang masih tidak dapat dipulihkan.

"Kita meminta rakyat supaya menghentikan segera kezaliman BN dan keadialan dapat di tegakkan," tegasnya.

No comments:

Post a Comment