Friday, March 26, 2010

Batalkan sidang DUN selagi....


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencadangkan agar dibatalkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijangkakan akan diadakan pada 30 Mac ini selagi pertikaian berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak masih belum diselesaikan yang kini sudah hampir 10 bulan tetapi tidak ada jalan penyelesaiannya.

Pemuda PAS Negeri merasakan Seri Paduka Sultan Perak boleh menyelesaikan kemelut rampasan kuasa kedua oleh Umno/BN berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak, p;eh itu Pemuda PAS Perak mengharapkan agar usaha untuk menyelesaikan pertikaiaan kedudukan Speaker DUN Perak dapat diselesaikan secepat mungkin.

Demikian ditegasnya Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Al-His dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

"Sudah sampai masanya Paduka Setri Sultan Perak campurtangan di dalam menyelesaikan kemelut ini kerana jika dibiarkan kemelut tersebut akan berpanjangan dan ini akan mencemar maruah Kerajaan Negeri Perak," katanya.

Menurut beliau, selagi pertikaian kedudukan Speaker DUN Perak ini belum diselesaikan, akan merumitkan lagi keadaan di Negeri Perak khasnya, kerana itu Pemuda PAS Negeri juga mencadangkan agar kedua-dua pihak yang melibatkan kedudukan Speaker DUN Perak ini merafak sembah Seri Paduka Sultan Perak bagi mengemukakan bukti-bukti berkaitan kedudukan mereka sebenarnya, bukannya memperalatkan institusi yang berkaitan bagi mengukuhkan kedudukan mereka yang bukannya berlandaskan peruntukan Undang-Undang yang sedia ada," jelasnya.

Oleh yang demikian Pemuda PAS Negeri juga akan mengambil peluang memohon sekali lagi perkenan bagi merafak sembah Seri Paduka Sultan Perak bagi mengemukakan bukti-bukti bahawa V. Sivakumar adalah Speaker DUN Perak yang sah, katanya.

No comments:

Post a Comment