Monday, March 8, 2010

Harusani Jayakan Agenda Umno?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menasihatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak membuat sokongan terbuka berkaitan politik jika beliau mahu dihormati oleh rakyat sepertimana yang telah didedahkannya di dalam laporan media baru-baru ini.

"Tan Sri Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai Pegawai Agama Kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik, dengan sikapnya berpihak ini akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti."

Demikian ditegaskan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman saleh dalam kenyataan madianya di sini kelmarin.

Menurut beliau, persoalan yang perlu dijawab oleh Harussani di dalam isu Kerajaan Perpaduan yang cuba beliau memburukkan PAS di dalam perkara ini, beliau perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran jika UMNO yang begitu zalim membolehkan sebagai umat Islam bersama dengan golongan seperti ini.

UMNO yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini katanya, perlu di nasihati terlebih dahulu dan PAS tidak akan bersekongkol dengan UMNO yang zalim terhadap rakyat, apa yang harus Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan UMNO terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat.

Sehubungan dengan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindalkam Harussani menggunakan kedudukkannya sebagai Pegawai Agama Kerajaan mengheret Sri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda UMNO terlaksana.

"Kami tidak mahu mengheret Tan Sri Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan UMNO, Pemuda PAS Perak mempersilakannya, jelasnya.

No comments:

Post a Comment