Saturday, March 6, 2010

TERUS BERJUANG MEMBELA RAKYAT


IPOH: Tindakan beberapa Ahli Parlimen dari PKR sejak mutakhir ini tidak menggugat sama sekali kestabilan dan kekuatan Pakatan rakyat khususnya di negeri Perak, kerana itu wakil wakil rakyat dari Pakatan Rakyat perlu terus bersungguh sungguh membela rakyat.

Demikian ditegaskan oleh Koordinator Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM), Mohd Hafez sabri dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya bagi anak muda yang cintakan perubahan yang baik untuk rakyat Malaysia mengharapkan agar seluruh ahli Parlimen serta ADUN ADUN dari Pakatan Rakyat akan terus berkhidmat kepada rakyat serta prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Beliau amat berharap agar wakil rakyat dari Pakatan Rakyat akan terus memegang amanah yang diberi rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu

"Anak muda menaruh harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk terus berjuang membela rakyat dan membebaskan rakyat dari cengkaman rejim umno/BN selama ini, tegasnya.

“ Bagi kami anak muda, Pakatan rakyat tidak akan terjejas dalam persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang, bahkan gelombang untuk menukar Kerajaan Pusat semakin hangat diperbincangkan peringkat anak muda, “ tambah beliau.

Hasil daripada program turun padang pimpinan Pakatan Rakyat, dilihat Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu dari rakyat khususnya anak muda, ini kerana anak muda sudah hilang kepercayaan terhadap umno/BN yang sering menipu rakyat, katanya.

Beliau yakin ADUN ADUN dan Ahli Parlimen yang melompat parti pasti akan dihukum oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, golongan terbesar yang akan menolak mereka adalah anak muda.

“ Bagi saya mereka yang lompat parti ini seperti orang yang tamak dengan habuan dunia, kami anak muda tidak perlukan orang seperti ini, dalam kamus perjuangan kami tidak tidak mahu pengkhianat amanah rakyat ini berada dalam masyarakat kerana mereka bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk kepentingan diri mereka sendiri “ jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memuji dan mengkagumi kesetiaan wakil rakyat daripada PAS yang terus istiqamah dalam menentang kezaliman umno/BN dan tidak pernah putus asa serta kecewa dalam membela nasib rakyat dalam membina Malaysia ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment