Friday, March 5, 2010

PIMPINAN PAS PERAK KE LUAR NEGARA


IPOH 5 Mac: Pimpinan PAS Perak yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein melawat Mesir, Jordan dan United Kingdom bermula 9 Mac hingga 22 Mac.Lawatan tersebut diadakan dalam rangka merapatkan hubungan antara pimpinan PAS Perak dengan beberapa pertubuhan Islam di Mesir, Jordan dan Uited Kingdom.

Demikian dinyatakan oloeh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam kenyataan medianya di sini hari ini

Menurut beliau, rombongan PAS Perak dijangka berada di Mesir dari 9 Mac hingga ke 13 Mac, kemudian mereka akan berada di Jordan dari 13 Mac hingga 15 Mac, seterusnya akan berangkat pula ke United Kingdom pada 16 Mac dan akan berada di sana sehingga 22 Mac ini.

"Rombongan akan kembali ke tanah air pada 23 Mac depan, jelasnya.

Turut menyertai rombongan tersebut ialah Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan beberapa pimpinan yang lain .

Pimpinan PAS Perak itu akan mengunjungi ulama-ulama gerakan Islam terbilang di Mesir dan Jordan. begitu juga lawatan di United Kingdom, mereka dijangka bertemu dengan beberapa pertubuhan Islam berpengaruh dan pimpinan gerakan Islam Ikhwan yang bermaustautin di sana, jelasnya.

Kesempatan itu juga katanya, beberapa siri ceramah, dialog, dan forum akan dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, Jordan dan Uited Kingdom bagi mengetahui perkembangan politik semasa di tanah air khususnya isu-isu di Perak.

"Kehadiran mereka dijangka akan disambut oleh ribuan pelajar di sana, kedatangan mereka sememangnya dinanti-nanti oleh para pelajar dan juga pimpinan gerakan Islam terutamanya Dato' Seri Nizar."katanya.

"Puluhan mesej telah saya terima dari beberapa pelajar Mesir, Jordan dan United Kingdom bertanyakan kehadiran Nizar sebaik mereka mendapat maklumat yang PAS Perak akan berkunjung ke sana," jelas Misbah lagi.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, katanya, gerakan pelajar di luar negeri sering menghubungi beliau untuk menjemput Dato' seri Nizar berkunjung ke sana, akan tetapi disebabkan kesebokan menguruskan negeri yang baru diperintah menyukarkan Nizar untuk meninggalkan Perak.

"Sekalipun tidak lagi memerintah selepas kejatuhan Kerajaan Pakatan, kesempatan yang terluang tidak pernah ada, Nizar berdepan pula dengan kes di mahkamah, jelasnya.

Kini peluang rakyat Malaysia di ketiga-tiga negara terbuka apabila pimpinan PAS Perak akan berkunjung ke sana selama hampir dua minggu, diharap rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu dan berdialog dengan pimpinan PAS Perak bagi mengetahui kemelut politik di Perak.

"Rakyat Malaysia di United kingdom boleh maklumat lanjut program lawatan PAS Perak ke UK boleh hubungi Muhaimin Sulamdi talian +447865467018.

No comments:

Post a Comment