Tuesday, March 9, 2010

Pemimpin dan ahli Umno perlu bertaubat


OLEH: MOHD HAFEZ SABRI
IPOH: UMNO adalah sebuah parti yang berasaskan kepada dasar perkauman yang sempit seperti yang diamalkan mereka sejak dahulu lagi, dasar perkauman yang sempit itu terus diamalkan oleh Umno menyebabkan ianya berada dalam kekesatan, kerana itu pemimpin pemmpin UMNO hendaklah bertaubat dan kembali menerima perjuangan yang berasaskan kepada Islam.

Demikian dinyatakan dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

"Umat Islam yang mengambil perjuangan politik berasaskan sekularisma seperti yang diamalkan UMNO adalah sesat disisi Islam, kerana itu mereka perlu bertaubat dan kembali kepada asas-asas perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.katanya

Menurutnya untuk mengetahui sesuatu perjuangan itu betul atau salah di sisi Islam, ianya hendaklah merujuk perjuangan masing-masing berasaskan Al Quran dan As Sunnah.

” Jika merujuk semula kepada al quran,sunnah dan sirah perjuangan para Anbiya’, perjuangan UMNO jelas sekali bertentangan dengan perjuangan yang dibawa para anbiya’, ini keran UMNO tidak meletakkan al quran sunnah sebagi rujukan utama bagi memandu perjuangan mereka ” jelasnya.

UMNO membawa fahaman bahawa Islam hanya dalam bidang beribadat sahaja saperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya tetapi dalam perkara politik dan undang-undang, Umno tidak menurut kehendak Islam . Inilah pemikiran sesat, berhala baru yang terkeluar dari ajaran Islam, tegasnya.

Bagi memelihara keteguhan keimanan umat Islam mereka perlulah bersama-sama perjuangan PAS, hal ini kerana PAS adalah parti yang konsisten memperjuangan Islam sejak dari zaman penubuhannya lagi, jelasnya.

Beliau menyeru rakyat negara ini supaya sering menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan pada setiap masa samada di surau, masjid atau dimana tempat-tempat pengajian bagi menambahkan kefahaman mereka terhadap Islam.

Menurut beliau sekiranya orang ramai mahu mencari kebenaran, mereka perlu selalu menghadiri majlis ilmu, zaman ini perkara yang merosakkan keimanan banyak. seandainya seseorang itu tidak ada ilmu sudah pasti ia akan terjerumus kepada kejahilan dan kesesatan yang berterusan.

No comments:

Post a Comment