Sunday, March 21, 2010

Jangan mulut celupar lagi

Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya Sisters in Islam serta golongan penentang hukuman sebat di negara ini diharap tidak lagi celupar mulutnya menghentam hukuman sebat terhadap wanita.

Mereka perlu dengar pandangan Timbalan Penguasa Penjara Bahagian Keselamatan Jabatan Penjara, Masran Muhamad yang menjelaskan hukuman sebatan tidak saperti hukuman sebat kes kesalah sivil kerana ia tidak mendatangkan luka kepada pesalah.

Kita mengharapkan penentang hukuman sebat terutamna SIS tidak celupar mulutnya selepas ini.

Menurut Masran, pihak yang menentang hukuman sebat syariah dan menganggap hukuman itu kejam kerana mereka menganggap hukuman sebat syariah sama seperti hukuman sebat bagi kesalahan jenayah sivil.

Sebatan bagi kesalahan jenayah syariah tidak menimbulkan rasa sakit dan hanya meninggalkan kesan merah sahaja, selain tidak akan menyebabkan pesalah terbabit mengalami luka.

“Justeru, tiada sebab kenapa pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membantah hukuman sebat syariah sedangkan ia tidak zalim,” katanya ketika membahaskan Isu Sebat ke Atas Pesalah Jenayah Syariah pada Forum Sensitiviti Agama dan Implikasi kepada Pemikiran Umat Islam Masa Kini di Kompleks Seri Iman, di Kuala Terangganu.

Masran menjelaskan rotan yang digunakan untuk hukuman sebat syariah dan jenayah sivil juga berbeza dengan saiz rotan bagi jenayah sivil bergaris pusat tidak melebihi 1.25 sentimeter, sementara rotan untuk jenayah syariah tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter serta panjang tidak melebihi 1.22 meter.

“Bagaimanapun, saiz rotan yang biasa digunakan Jabatan Penjara bagi kesalahan syariah ini hanya sekitar 0.6 hingga 0.7 sentimeter sahaja,: katanya saperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam.

Beliau mengakui bagi kesalahan jenayah sivil, golongan wanita dikecualikan daripada menerima hukuman berkenaan tetapi tidak bagi kesalahan syariah kerana kedua-dua hukuman ini tertakluk kepada dua akta berbeza,

Beliau turut menjelaskan Jabatan Penjara memiliki kira-kira 200 pegawai sebat yang pakar melaksanakan hukuman termasuk lapan daripadanya adalah pegawai wanita.

“Ketika ini, kami juga giat melatih 30 hingga 40 pegawai sebat wanita yang baru,” katanya.

Apa lagi hujah dan alasan dari SIS dan NGO yang menentang hukuman sebat di negaera ini. Kita percaya mereka akan mencipta berbagai alasan lagi untuk mempertahankan pendirian mereka.

No comments:

Post a Comment