Tuesday, March 30, 2010

Satu lagi sejarah hitam


Pada 20 Mac saya tulis tentang tindakan seorang lagi `mangkuk hayung' yang berkuasa di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri didakwa menghalang orang awam dan media daripada mengikuti persidangan DUN 30 Mac ini.

Saya menyifatkan tindakan `mangkuk hayung' itu sebagai tindakan `jakun' dan berfikiran sempit, dan orang ini tidak layak hidup di zaman `langit terbuka' dia hanya layak hidup di zaman purba dan berkawan dengan orang utan atau seangkatan dengannya.

Pada petang 22 Mac saya menalifon seorang kakitangan di Pejabat SUK, bertanyakan tentang apa yang didakwa oleh pihak media. Beliau mengakui pada sidang Dewan Undangan Negeri kali ini pihak berkuasa d SUK tidak membenarkan mana mana wartawan masuk ke dewan untuk membuat liputan.

Ternyata pada persidangan kali pihak media buat pertama kali tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Inikah demokrasi ala Zambry dan kunco kunconya?

Pihak media telah mengesahkan mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dan hanya dibenarkan dalam galeri sahaja.

Diberitakan sebelum Raja Nazrin Shah menyampaikan titah perasmiannya, ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula bertikam lidah.Wartawan tidak berjaya mendengar perbalahan mereka kerana ditempatkan di sebuah bilik yang kalis bunyi, di atas dewan berkenaan.

Itulah yang sebenarnya BN mahu, kerajaan pimpinan Zambry memang tidak mahu apa yang berlaku dalam dewan tidak diketahui umum, kerana itu media diletakkan dalam satu bilik, pada saya itulah `bilik mati' , kerana ia mematikan apa yang berlaku di dewan dari didengari oleh pihak media.

Pada sidang media selepas sidang DUN, Dato'Seri Nizar menjelaskan bahawa mereka semua dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa.

"Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN,kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk."

"Saya tidak nampak media dalam dewan yang seharusnya diketahui oleh rakyat umum. Sepatutnya media semua pihak dan blogger dibenarkan masuk . Persoalan kenapa ini dibuat dan telah mencemar demokrasi," V. Sivakumar.

Speaker Sivakumar juga menjelaskan sebentar tadi bahawa polis cuba merampas bajunya namun dia membantah dan pihak polis gagal mengambil begnya.

" Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis. Keselamatan kami tergugat dan kami mohon jaminan. Saya mendapati agenda berikut tidak ada perbahasan, apa sudah jadi?," ujar Datuk Nge Kor Ham.

Polis yang datang hari ini dibawa dari banyak tempat termasuk yang saya kenal sekumpulan dari Manjung, dakwa Nge

Kita tunggu besok, apa yang terjadi

No comments:

Post a Comment