Sunday, March 21, 2010

BN kini semakin haru biru


IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein menyatakan bahawa Umno merupakan satu-satunya parti Melayu yang majoritinya penganut agama Islam yang
diberi mandat sementara bagi menerajui negara sejak sebelum merdekalagi.

Umno juga katanya, adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasionalisme Melayu, sememangnya matlamat perjuangan umno bukannya untuk Islam, tetapi mengambil kesempatan terhadap agama Islam bagi mengekalkan kuasa mereka di negara ini jelas beliau.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

Menurut beliau, lebih separuh kurun rakyat memberikan kepercayaan terhadap Umno bagi menerajui negara. Sememangnya dalam tempoh itu ianya telah membentuk minda diktator di kalangan pemimpin Umno-BN.

Pemimpin Umno sering merasakan mereka terlalu kuat dan gagah dan tidak mampu ditumbangkan oleh sesiapa pun. Umno turut menganggap bahawa parti tersebut adalah tuan kepada sistem politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan dan segala-galanya dalam negara ini.

"Apa yang menyedihkan bagi kita umat Islam, pemimpin Umno lupa dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai sebuah parti yang mewakili orang melayu," jelasnya.

Malah kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam juga, tidak dapat mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan kerana Umno mengambil dan melaksanakan agama secara berpilih-pilih, tegas beliau.

"Islam pada Umno, hanya akan dilaksanakan, pada aspek-aspek yang menepati kepentingan politik, untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana tuntuan syarak, katanya.

Kini umno semakin celaru apabila orang bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat, Umno semakin gusar dan Umno cuba menggunakan perang psikologi dengan mendakwa kuasa politik Melayu sudah semakin terhakis, jelasnya.

"Umno sebenarnya hanya mahu memadamkan hakikat bahawa terhakisnya kuasa politik Melayu adalah kerana kesilapan dan ketamakan mereka untuk mengekalkan kuasa dan mereka telah mengenepikan Islam sebagai dasar perjuangan," ujarnya

"Permainan politik Umno-BN ini sudah tidak boleh diterima rakyat, pemimpin-pemimpin mereka sedang dilanca kecelaruan yang tidak berkesudahan akibat kekalahan besar dalam Pilihanraya umum ke 12 yang lalu, " jelasnya lagi

Pada saat ini bukan sahaja Umno yang sedang celaru, seluruh parti komponen BN juga turut dilanda kecelaruan. Mereka tidak sedar bahawa Umno, MCA, Gerakan, MIC dan seluruh anggota komponen BN sedang menerima hukuman yang berat iaitu penolakan yang berterusan daripada rakyat, tegasnya.

No comments:

Post a Comment